Sunday 25 December 2011

..perlu ke pergaduhan..

assalamualaikum..
semoga semua ceria selalu :D

teman-teman lately ramai insan-insan disekeliling lina berselih faham.including me.except different story dan jln cerita.kwn2 semua taw tak korng according to surah al-hujurat jelas dan nyata peringatan ALLAH s.w.t kepada kite supaya berbaik sangka dan berbuat baik kepada semua.Al-quran panduan yg tepat untuk kita mencari jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah.




antara tafsir surah al-hujurat,

[ayat 6]
"wahai orang -orang yang beriman!jika seseorang yang fasik datang kepada mu membawa sesuatu berita,maka telitilah kebenarannnya,agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan
9kecerobohan)yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."

[ayat 9]
"Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang,maka damaikanlah antara keduanya.Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain,maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim,sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah.Jika golongan itu kembali (kepada perintah Allah),maka damaikanlah antara keduanya dengan adil,berlakulah adil.Sungguh Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil."

[ayat 10]
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerana itu damaikanlah antara keduanya dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat."

[ayat 11]
"Wahai orang-orang yg beriman!Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum lain,kerana boleh jadi mereka (yg diperolokkan)lebih baik dari mereka (yg memperolok-olok) dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain (kerana) boleh jadi perempuan(yg diperolok-olokan ) itu lebih baik dr perempuan (yg mengolok-olok).Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain,dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yg buruk.Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yg buruk(fasik) setelah beriman.Dan barang siapa yg tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yg zalim."

[ayat 12]
"Wahai orng-orang yang beriman!jauhilah banyak dari prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa,dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain,dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yg lain.Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?Tentu kamu merasa jijik.Dan bertakwalah kepada Allah,sungguh Allah Maha penerima taubat,Maha penyanyang."


p/s:marilah kita berbaik-baik dengan semua insan.sesungguhnya hidup didunai ini hanyalah sementara.

Wednesday 14 December 2011

suka duka @ asper..!

assalamualaikum semua...

                                                     senyum selalu okey...(~_*)


pejam celik da nak abes sem 2 taw kat asper ni..my sweet 18th also going well,alhamdulillah..da semakin besar sy skrg..mcm x caye taw..da jadi bdk unibersiti(bunyi gedix jap).haha=='
 
 okay today i'm gonna write bout my life  at Asper ye.erm actually,mmg da lama nk story morrie sal asper  since lina x pena cite sal asper right.(if i'm not mistaken la)..x taw tang mana yg lina nk cerita.kwn sekolah lame pon ad tnye bout asper.what is the really asper is all about..huhu..a lot of reason nape lina malas nk tulis sal asper..why??why??


sebab sy dulu mmg x nak masok asper ni..abah je yg beria-ria soh masok..ngee~~~lalalla..soh ambik agriculture..;p



Saturday 10 December 2011

perasaan..true or false??

assalamualaikum...

straight to the point..
sejujurnya tak tau apa yg ada dlm hati ni..did i really fall in love??huarghh!gilak...putus fius abes...if it is true..sape pulak insan yg ada dlm hati ni??erm...cik lynallyna sendiri pon x taw..haha..persoalan..~~

  • macam mana kita nk taw yg kita sebenarnya suka org tu??
  • next,kalau kita suka org tu..adakah kita patot bagi taw dia ?
  • insan yg macam mana yg selayak nya dengan kita??
  • perlu ke kita fikir about love with our age now??
  • adakah kita x perlu kawan dengan org lain jika kita da jumpa sesorang yg mngkin kita rase dia milik kita??
  • macam mana pula kalau org yg kita sdng berkwn itu da berpunya..nak tgglkan or just  to be a friend?
  • kalau kwn2 usik kita dgn somone apa kita perlu buat?
  • macam mana nak suka seseorang?or nk terima dia dlm hidup kita?
  • kaw x de perasaan ke lina?
  • macam mana ek taste kaw?nak org yg mcm mane?
haha..byk sgt persoalan,,belit2 pulak tu..huhu..sudah2 jgn mengarut dan melalut..saje jep..mengisi masa lapang.ni pon sebab tgk kwn2 ramai da berpasangan,abg akak pulak msg2 da menuju ke alam mahligai rumah tangga,ada kwn2 yg da mula ckp sal cintan cintun kawen kawan..tapi aq still mcm x de perasaan..haha.tak tepikir pon nak kawen.huh!kawen tu berat and besor tanggungjawab nyer..sorry to say kepada couple2 di luar sana pernah tak korang terfikir korang couple tu untuk apa?korang fikir tak tanggungjawab lps kawen tu mcm mana?sampai tahap mana korang nak bercouple?ermm..setakat clash ditgh jln?setakat nk tayang kat kwn2 korng la insan plg hot ad pkwe ad mkwe?haha..hebat sgt ke kalau macam tu...?bila da ad couple tgglkan kwn2 sejenis yg dulunya rapat mcm belangkas skrg  jadi rengang dan selalu bergaduh just sebab da ad org yg lbh care bout you?itu ke yg korang mahu?hilangnya friendship sbb da buat other relationship?erm..persoalan nya perlu ke semua tu????da cukup bersedia ke kita menghadapi ranjau kehidupan yg sebenar..membina sebuah keluarga yg dicorak oleh pemikiran dan cara kita sendiri?mampukah kita berkongsi dua hati untuk menjadi satu..dua kepala menjadi satu idea...sesungguhnya byk lagi pengalaman yg perlu kita timba.rasa terlalu muda untuk semua itu..am i right??setiap insan mempunyai cara dan gaya yg tersendiri..namun saje nk tekan kan kat sini..jika nk lakuakn apa sekali pun..fikir lah about responsibility..da cukup bersediakah kita menggalas tanggungjawab yg bakal diberi..wallahhualam..~sekadar coretan~

cinta itu sebenarnya indah...

Monday 5 December 2011

semakin membesar..:)

assalamualaikum..
birthday kat plg besa pena dpt..=)

alhamdulillah bersyukur sgt2 lina dpt menyambut hari lahir ke 18 tahun semalam..
ok usia semakin meningkat maka pemikiran pon patut lebih matang right?meningkat umur remaja ni sebenarnya sgt mencabar.terlalu byk pengalaman baru yg lina dpt rasai dan lalui.indah,gembira,pahit,duka, semua nya ada.namun itulah hakikat hidup sebenarkan.seperti insan2 yg lain lina juga mempunyai beberapa impian yg diimpikan untuk hari lahir kali ni.

list of my impian yg ingin dicapai..:)
*bahagia dunia dan akhirat.
*mencapai tahap kesihatan yg terbaik..=)
*menjadi anak dan insan  yg solehah.
*after asper@asasi ni teringin sgt nk smbung belajar dlm bidang kesihatan..(tp x nk doktor).hehe.
*mencapai pointer yg terbaik untuk final asper mei 2012.
*even abah suruh ambik agriculture lina still nk berusaha bersungguh-sungguh untuk ambik course lain yg relate to my interest..hehe!
*ingin menjadi adik yg dpt membalas segala jasa akk and abag!
*dpt jaga mak abah waktu diorang tua nanti.
*teringin sgt belajar luar negara...master nanty!insyaallah..
*nak sambung belajar bahasa cina semula.
*future----->
-insyaallah nak tunaikan haji seawal yg boley.diusia yg muda semoga dpt melakukan haji dgn sempurna.
-nak ada pendapatan sendiri tanpa terlalu  bergantung kepada orang lain
-nak buat bisness with own name..
-teringin sgt pegi India!hehe(cita-cita dari kecik ni).
-mempunyai keluarga sendiri  yg sgt bahagia.
-mempunyai husband yg beragama,memahami,supporting(ada hati nk kawen)...calon x de ag!
-finally,dapat capai semua yg diimpikan.semoga Allah memudahkan segalanya..=)

hadiah roomate bagi..nice right??first time ad org bg bear kat line..hehe

Monday 28 November 2011

setiap hari belajar...

http://misteridankeajaibanalam.blogspot.com/2011/11/rahsia-solat-dan-warna-alam.html

*belajar diam dari banyaknya bicara
*belajar sabar dari sebuah kemarahan
*belajar kesusahan dari hidup kepedihan
*belajar tawakal dari ujian
*belajar redha dari satu ketentuan.
*belajar senyum dalam setiap kepahitan.

Sunday 27 November 2011

be alert =='

assalamualaikum semua..

how your life guys?
alhamdulillah kita still dpt menghirup udara segar cipataan ilahi.:)



    dalam hidup ni sedarkah kita sebenarnya banyak pengajaran yag kita perolehi.tak kira la bila-bila masa sekali pon pasti setiap yang berlaku itu memberi sejuta pengajaran kepada kita kan.
 
     okey for this entry i like to share something about ALERT!why alert?..jeng3x..
short and simple:in everything we do,we must alert with our surrounding.don't just simply take it easy by ignoring the other beside,in front,behind or back from us.


   the story began when i was slept in the bus when i went to 'kuliah'.it not a first time i went to KAE alone but unfortunately entah kenape pagi tu rase malas nk tgk org dalam bas.so pejam mate la.rase tenang jep.dipendek kan cerita rupa-rupanya saya TIDO!x perasan da sampai destinasi(depan library should be sy turun) tapi sedar2 da sampai flat ikan(next station after that).huargh!mula2 tersentak. kepala blur sgt2 bile tgk bus kosong{aku kat mne ni}..ergg tidak!kene menapak jauh patah balik g KAE.how can i did not notice when everyone turun dari bus..nyenyak sgt ke tido?erm fikir2..there is no answer..haha..rasa nak gelak pon ada.da la agak lewat g kuliah cube fikir kalau masih sedar tu bus da patah balik ke kolej kediaman?..skip kuliah la jwb nye...=;=

ok from that case,what i got is......
*firstly,alert!
*second,nak ke mana- mana better berteman.
*jgn mudah tido dalam bus
*jgn gelabah!

  next benda yang kite kene alert ialah  bile balik kampung naik bas.hah!adik-adik abg-abg,akak-akak sekalian alert ye dgn tiket masing2.skrng kan terminal bas da canggih.setiap tiket yg kita beli kene letak nama kan.hah letak nama tu sgt2 la relevan sebenarnya.WHY???

jeng3x....again i made a silly thing!

'Perhatian kepada azhani lina pemegang tiket  maharani bus ke muar yg  sila ke platform 6 untuk menaiki bus.....bla bla...tetttt...'
    hulrpp!aik macam name aku je tu..haha..

*aq:tiqa tiket kita pukul bape?
*tiqa:pukul 10.
*aq:hah da pukul 10 la..kite naik bas ap?
*tiqa:bus maharani..da naik ke semua nape kene panggil?
*aq:x taw platform bape ?
*tiqa:.(tgk tiket)...platform 6 la lina!hahah..kite tggu at platform 5...
*tiqa and aq...(gelak+bengang sgt2)..=;=


   nasib baik la sistem tbs yg canggih tu wat announcement panggil nama.mmg la sgt malu satu terminal denga nama kita tapi al least x tertinggal bus..kalau tak....ermm terpaksa bazir duit beli tiket baru...:p

tbs canggih macam airport kan sekarang...

nak naik bus pon sistematic taw!q plisss..




p/s:jgn jadi seperti sy ok!huhu
-KAE-->kompleks akedemik E.(tmpt belajar)
-flat ikan--->area tmpt bdk2 upm beli barang.

Friday 11 November 2011

maaf..

assalamualiakum..

untuk kali ini..hanya ingin memohon maaf kepada semua orang.tidak kira siapa pun.tersalah kata,tersalah pandang,tersalah tindak tanduk,tersalah pandangan,tersalah memberi candangan.terlanjur kata-kata,terlanjur teguran,tertengking x sengaja,terkuat suara,terjeling tajam,terjelih lidah panjang,tertendang mahupun terpijak sesuatu.terpinjam tak terpulang,terampas,terbajet,tertolak,terhimpit kat mana-mana atau pun apa-apa saja perkara yang tak sepatutnya berlaku..maaf dipinta..seandainya hidup ini terlalu singkat,ajal sentiasa menghampiri kita.

p/s:terlalu banyak perkra yang terjadi yang sukar untuk difahami.diri ku terlalu kerdil.

Saturday 5 November 2011

Apakah hikmah disebaliknya..

Assalamualaikum..




salam aidiladha untuk semua..
bila sebut AIDILadha...
--terlalu rindu rasanya kepada seseorang yang sudah hampir setahun tak jumpa--

untuk entry kali ni lyna berada di rumah..balik rumah smbut hari raya aidiladha.terasa sgt sayu raya kali ni.sorang akk and abg x balik..kedua2 nya x dpt cuti sbb keje..rasa rindu membuak2 terhadap mereka--hiperbola  sungguh:p
tapi ini la kenyataan dimana lina sgt2 rindu kan abg yg hampir x setaun x jumpa..bile ye lina dpt jmpe abg?sgt rindu zmn sekolah,abg hantar g sekolah,sanggup tunggu selama 2 jam hantar lina tusyen malam2,teman lina g beli brg sekolah,shopping,semua lah..sekarang kita da jauh...so sape2 yg ada abg tu hargailah mereka ye..:D

sebenarnya,lina sgt menanti untuk pulang ke rumah raya ni..sebab apa?ini semua kerana lina rase semua serba tak kene di upm tu..firstly,lina jatuh sakit untuk kali keberapa x tau la,.doktor bg mc dan melarang untuk keluar g mana2.ditambah vitamin extra yg perlu dihabiskan ;p .sedih sgt terpaksa skip kuliah:(
.disaat kepala pening dan serabut tu suddenly  one of senior pggil tok berjumpa..dipendekkan cerita,senior tersebut menyuruh lina memohon maaf kepada seorang senior lelaki atas sebab lina tak panggil senior lelaki tu abg semasa lina meminta maklumat about his sekretriat.
Ya Allah,hanya tuhan saja yg tahu perasaan hati ni.abg tersebut berasa tak puas hati dengan lina just sebab panggilan.katanya lina tak menghormati dia sebagai senior.sejujurnya bukan sy x menghormati tapi sy sendiri tak selesa untuk memanggil  gelaran 'abg' di khalak ramai dimana semua yg berada disekeliling itu adalah kwn2 kuliah.pernah masa awl2 masuk upm lina ditegur jgn jadi gedik dgn memanggil abg2 senior dgn pggilan 'abg'..tapi sekarang lina ditegur pula kenapa tak menghormati senior.persoalan di sini,penting sangat ke status2 ni?lina rasa terlalu mentah untuk berdepan perkara2 sebegini.

Ok,sepanjang mlm lina fikir mcm mana nak berdepan dgn senior tersebut sbb lina terpaksa berjumpa juga dgn dia tok menyiapkan laporan.akhirnya,keesokan mlm lina memberanikan diri untuk berjumpa abg tersebut dgn ditemani rakan yg rapat dgn senior tu.perasan takut,malu,nervous,semua ada.tak pernah seumur hidup berdepan dengan lelaki untuk meminta maaf.ditambah lagi meminta maaf dikhalak ramai.dengan niat membetulkan keadaan.apabila bertemu abg tersebut,lina terus meminta maaf dan abg tersebut memberi reaksi yg sgt blur dan terkejut.*dalam hati terdetik,aku di prank ke apa ni?* bertambah bengang dan malu pabila kwn sekuliah berada juga disitu..tapi wat muke selamba je la kan.da terpakse..selesai abg tu bg respons,lina terus naik ke bilik sebab malas nk pk lg.

namun,lina masih rasa something yg tak kene telah berlaku..sebenarnya apa hikmah disebalik semua ini?terlalu salah ke tindakan lina ini?pulang ke rumah mencari ketenangan...

first time balik dengan kawan2 upm yg duduk muar..
biasa naik kereta 2 jam setengah,namun perjalanan yag sgt pnjng  menjadi 6 jam bila naik bas.terlalu ramai insan  yg ingin sama2 pulang beraya.-pengalaman yg sungguh indah-
Selain itu,minggu ni juga result sem 1 keluar..sejujurnya result agak terok,mungkin dikala ini lina perlu banyak bermuhasabah diri.bukan memikirkan masalah yang dihadapi namun memikirkan jalan penyelesaian untuk menghadapi masalah2 akan datang..la tahzan,!

p/s:berdoa sgt2 diberikan ketenangan dalam apa jua dugaan yang mendatang.sentiasa diberi kesihatan yang sebaiknya.insyaallah..
--kepada kawan2 sekolah lina tak dapat berjumpa untuk cuti kali ini.sejuta kemaafan dipohon--

Friday 28 October 2011

forever and ever!












rombongan penang form 4
Kenangan kami!


prank besday ain..tepung sekampit ye!huhu



zaman kanak-kanak..hehe


best friend--->really miss her..[UPM + DARUL QURAN]

raya 2010--->tak sedar diri da dekat SPM.nak jugak g konvoi raya.hehe


rombongan ke port dickson lepas spm wit Ami.


majlis graduasi SPM.

di saat ini ku merindui.
perkenalan yg terlalu singkat.
kenangan pahit dan manis sering kali menguji persahabatan kita.
pertemuan yg tidak diduga.
kita belajar sama2.
5 tahun menjadi remaja bersama.
namun,
kini kita terpisah.
rindu,rindu,rindu.
terpisah dek haluan sendiri.
meninjau kejayaan diri.
terpisah kita tidak dinanti.
upm mendidik daku berdikari.
mencari kawan baru sebagai pengganti
berseorangan melayari dunia universiti.
terlalu berbeza,terlalu menduga.
sukar untuk memahami,diri ini belajar mengerti
pasrah sendiri.
belum kutemui sahabat yg memahami sebagai pengganti.





Friday 21 October 2011

kenapa dan siapa Lyn Allyna sebenarnya..

assalamualaikum semua...

da lama x update blog ni.mcm2 halangan menimpa..
firstly,lappy yg biasa guna da merajuk x ley nk on lg..
alhamdulillah dpt lappy bwu dr abg..hehe.
bertuah rase diri ini..org len beli guna duit sendiri kite sng2 je dpt yg baru..so kene jaga dgn baik.
kali ni x ley rosak lg. kan2..?
ok sebab kedua minggu ni exam 1 sem 2..pejam celik je da 5 minggu masok sem baru ini.
honestly exam kali ni mmg x ready,gelabah semacam dgn exam muet nya..
uhh doa dan tawakal je la yg mampu dilakukan skrng ni..doa dpt the best result..a'minn...insyaallah.

ok berbalik pada tajuk entry kali ni..Lyn Allyna..
da terlalu ramai yg bertnya kenapa guna nick name ni kat fb..
why not use my real name??malu ker??eh tidak sama sekali taw..
penat jugak nk jwb..so lina tulis kat blog ni semoga semua jelas ye..
sebenarnya lina nye fb selalu dimonitor oleh my first brother(adik abg la katekan) so masa mule2 wat fb dulu mmg letak nama betol,suddenly gah on9 ni abg post kat wall fb 'lina please change ur name.don't allow people know ur real name.nak kene 'santau' macam abg daus ke?'..ok after that penat pikir nk letak name apa sbb abg mmg pkse tuka name jgak..siapa abg daus ape relate nan santau?ok abg daus ni abg ketiga lina.dy pena kene santau sampai lumpur seluruh bdn.lupe segalanya.kene santau melalui gamba dan nama penuh dy.so abg first mmg x nk bnde tersebut terjadi kpd the rest adik2 dy.. nk jd kn pengajaran..tu la sbb nye letak nick name lai drpd yg lain..alhamdulillah stlh abg pergi berubat dy da ok skrg..syukur..tp sebagai langkah berjaga2 abg mmg x bg letak full picture and full name kat fb..tu la sebb utama..

tapi nape pilih Lyn Allyna?siapa sebenarnya owner name ni...disaat kebuntuan nak cari nick name ttbe terpandang deretan novel dirak buku dlm bilik...hah terpandang la novel ni..
jeng3x..nmpk x nama apa tertulis tu..Lynn Allyna..writer of the novel..da x taw nk letak apa masa tu..copy and tiru je la nama ni..tp x de niat pon nk gune name 'lyn allyna' ni lame2..plan dlm semnggu dua je then nk tuka..nak dijdkan cerita,setting name kat fb tu da x benarkan lina tuka name ag..fb tu gtau yg lina da tuka name 10 kali.maximum!da x ley tuka lg da..huargh!mcmmne la kn..tu la yg sampai skrg x tuka2..dan almost all  kawan2 yg kenal kat fb pggil lina 'lynallyna'..haha..kdng2 nk gelak pon ada..sbb tu bukan nama sy la..hehe..
seboleh nya biarlah org pggil nama yg betol..kesian kat ayah kite bg nama panjang2 tp x guna..kat sini lina nk senaraikan apa nama yg boleh korng pggil  dan maksudnya,,

*azhani-kebijaksanaan
*lina-lemah lembut
*husnina-kecantikan
*nina
*na.--->best friend pggil gini..heheh

last two list tu x taw maksudnya apa tp  ada kwn2 pggil guna nma tu..da biasa so x kesah.tp sebolehnya jgn pggil lina 'hani'-->shorten by azhani..why?sbb bunyi dy sgt weird..heheh..penat da menulis pnjng2..cukup la smapi sini..semoga semua nye jelas dan nyata..(*_*)


Monday 10 October 2011

uncomfortable....!

assalamualaikum..

tak selesa..kenapa?ni bukan apa2 pon sbnrnya..
just nk gtau kpd sesape yg sdg menggosipkan lina dgn someone tu..
pliss la all my dear..jgn la usik2 lg.sgt tak suka.
bile di'kenen'kan dgn someone ni mmg x best.
masok kuliah pg da dengar nama insan tu,balik kuliah,duduk kat bilik.
.wah mane2 saje ada nme insan tu..rimas!kenapa tak suka?
sbb classmate.jd nya friendship pon tak ok..sejujurnya lina akn jd sgt pelik and malu sgt2 bile diusik dgn someone.nak buat apa2 pon x selesa,mane taknya every single thing even nk bg kertas pon satu kelas usik..malu!nak bekawan mcm kwn2 lain pon tak boleh..kenapa ye???igtkn masok asasi ni tak jadi la mcm sekola dulu..tapi lebih kurang jep..mcm mane ye nk wat biase je?mmg tak boley nk baik dgn insan tu..pelik!
lina boleh kwn,senyum,gelak2 macam biase dengan semua org dgn syarat tak de sape2 anggap lina lebih dari kawan..bekawan la tp jgn libatkan hati dan perasaan.hati ni mungkin hati batu gak nya..huhu.tak tau la susah nk terima someone in my life.TAKOT!takot nk bagi hati ni kat sape2.takot nk percaya kpd insan bernama lelaki.tak kate 'lelaki' jahat.tapi biarlah masa,waktu, jodoh pertemuan ditentukan oleh Ilahi.Jgn pelik kalau nmpk lina kwn dgn ramai lelaki kat fb.hanya mampu berkawan only kat fb.mmg ada kwn pesan lina jgn bg harapan kat org.sebab kesian kat laki tu.ye mmg taw tu,diri ni tak pena pon bg harapan kat sape2.rasenya sape yg betol2 kenal lina taw sape diri ni.CUKUP SEKADAR BERKAWAN!..mungkin ini saje kata2 yg mampu ku ungkap kan.kat sini juga lina nk pesan to someone.lina taw mungkin insan tu sgt bengang dengan tindakan lina yg menghilangkan diri tak balas msg langsung even da byk msg yg diberi.Sejujurnya tindakan awak bg msg byk2 tu pon lina tak suka.Pada lina hargailah insan yg pernah syg dan suka kat awak yg selalu awak cerita tu.jgn burukkan kan dia bila msg sy.Saya diam nk bg masa kat awk.fikir betol2 perasaan tu.Jgn sbb bnde kecik awk berpaling pada insan lain.,Jadilah insan yg setia.kan lebih bagus..Mungkin lina bukan yg terbaik untuk menasihati awk..lina da tak taw nk balas msg yg awk bg.sorry sgt!akhir sekali,kepada insan(classmate kuliah) lina nak kwn nan awk mcm kwn2 lain je.sorry kalau selalu wat muka,terjeling x masal2 jep,ckp kasar lagak mcm big boss.. uhh tak sekew pon wat semau tu.tapi terpaksa........really sorry my friend...

i'm not like this penguin..hehe



p/s:biarlah hati ini terbuka dengan sendirinya tanpa paksaan...huhu

Friday 23 September 2011

dipersimpangan...



salam pembuka bicara.
.sedih.kecewa.berbelah bahagi.tiada tujuan.tiada arah yg pasti.
kenyataan itu pasti.yg berlaku tu sgt bererti.kenangan dlm memori.tersimpan utuh
terkasima sendiri.
menilai diri siapakah daku ini.kemanakah aku seterusnya kini?
'habblum ninAllah,habblum minannas'
jaga la hubungan dengan Allah pemilik segala alam ini.
jaga la hubungan dengan manusia juga.
kadang kala tersalah kata.tersasul bicara.
ada yang terluka,ada yang menderita.
impian tinggi bagai gunung ,namun tak mampu didaki.
adakah masa setahun ini bagai
belayar dilautan tanpa tujuan?
tiada nakhoda tiada kepten mengarah...
masa berlalu..tujuan tak tentu.
tak mahu begitu.namun apa yg harus berlaku?
mungkinkah yg diimpikan oleh ayahanda itu menjadi pilihan..
keliru..buntu..mencari arah tuju...
siapa aku dikemudian hari?


*sekadar coretan*

Sunday 18 September 2011

Pengisian hati.

assalamualaikum.

pernah dengar or membaca Al-mathurat?


bila da abis sekolah ni.rindu sgt zaman sekolah.zaman sekolah penuh dgn ciri-ciri keislaman.rasa terpelihara.Smka Maahad Muar.lima tahun mndpt didikan di smka.lima tahun belajar bahasa arab.rasa sgt sedih bila kwn2 lain smbng belaja dlm bdng yg still gne bahasa arab.apa pon semua yg berlaku ada hikmahnya.di sekolah diajar tentang zikir mathurat.masa senang amalkn nya,masa susah mesti amalkan nya.bila rasa sedih jgn lupakan nya.Alquran yg utama.mathurat sebagai penguat nya.teringat kata-kata seorang cikgu juga penulis novel sastera 3 disember, ustaz zulkarnain yg juga merupakan abg kpd penulis tersohor di Malaysia H.M Tuah.'Jika kita mengingati Nya pasti Dia mengingati kita juga.Anakanda amalkanlah al-mathurat ini pasti dlm kesusahan itu ada kemudahannya.'kata-kata pesanan yg diberi semasa temu bual untuk majalah sekolah.Ustaz Zul la insan yg sgt mementingkan pembacaan mathurat kepada kami.Alhamdulillah setelah beberapa tahun mengamalkan nya,mmg ada perubahan.

Antara fadhilat Al-Mathurat ni(sumber dr hasil pembacaan):
1.Rumah dan keluarga terselamat daripada benda-beda yg tidak diingini.
2.tidak dihampiri syaitan.
3.orang yg membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersenut maka Allah menjamin untuknya syurga.
4.Allah mencukupkannya apa yg sgt diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
5.Allah menyempurnakan nikmat nya ke atas org yg membacanya.
6.terhindar drpd syirik.
7.selamat dr segala  sesuatu.
8.Allah berhak meredhai nya.
9.Tidak ada sesuatu yg mendatangkan mudarat kepada nya.
10.dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-hutang nya.
11.selamat dari bisa atau sengatan  semua makhluk yg beracun.
12.berhak mendapat syafaat di akhirat kelak.
13.sesiapa yg membcanya di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yg membaca nya di waktu petangakan dipelihara sehingga ke waktu pagi.
14.mengamalkan nya umpama mengamalkan Sunnah Rasullah dari sudut zikir dan berdoa.

sesungguhnya terdapat perlbagai lg kelebihan pabila membaca mathurat ini.
ilmu yg baik haruslah dikongsi bersama.jom amalkannya..=)

Saturday 17 September 2011

ilmu.

assalamualaikum..

ok honestly hobi mmg skew membaca.
tak kira la apa2 bhn sekali pon.
knape membace sbb dgn mmbce la kita dpt ilmu.
magazine.blog.novel.newspaper.
anything..as long bermanfaat.

okey kat sini nak share antara buku yg dibaca
spnjng cuti sem.=)





da lama sgt nak baca buku ni.tak beli2.masa cuti raye tu jln2 g bookstore nan akk.nmpk buku ni.mntak dy belikn..hehe..mula2 x dpt..finally,yeah!dpt jgk beli.tp disbbkn masa raye tu stdy week.tpkse la letak tepi buku ni.cuti sem ni dpt la bace.thumbs up to hlovate! x pena miss novel dy.best sgt2.penuh dgn pengisian.bkn sekadar cerita kosong.'contengan jalanan'.(contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan).

p/s:tak nak cite lebih2 sal novel ni..korg kne bace.seies best!

.

Tuesday 13 September 2011

..G.E.N.E.R.A.L..

end of school time..then
the end of semester one of ASPER..
what had i got?for four months ago?
there is a change?
that i had forgot fully?
there is someone replace his place?
what was happen?
there is change of physical?mental?emotion?
that stay far apart change anything?
going further..
only Allah knows.
there is anything between us.
even though someone came to be closer.
its wrong time.
its made a wrong ways.
not  the such thing to compare.
heartless
can't accept it.
don't force!
it will come slowly.
let it go.
for weird person.
don't disturb me.who you are?
no need to hide.
can be a friend but with the right ways.
suspicious!
all of sudden.
there is someone like a lamp.
new acquaintances.
there is something special.
but the blow of darkness..
give us far a part...
far..far...and truly far...






Sunday 11 September 2011

nikmat sakit..:)

assalamualaikum..


..apa yang kita impikan tak semuany kita akn dpt kan.mungkin kita ingin sentiasa bahagia.namun badai mendtng perginya bahagia dtg pula derita.mngkin kita mahukan kekayaan tp Allah uji kita dengan kemiskinan.mungkin kita mahukan kegembiraan namun Allah bagi kita kesedihan.dan di saat kita ingikan kesihatan yg  sihat Allah uji kita dengan kesakitan.semuanya ujian yg sgt berharga.

bahagia macam cartoon ni.



okey post kali ni lina nak cite sal ujian sakit.pasti semua org pernah mengalami kesakitan kan.begitu juga dengan lina yg x pernah lari dr sakit.ubat sentiasa ada.mcm gula2 jep.hehe.lina sakit apa??oh tak la serius,sakit biasa2 saje.masih lagi boley bertahan .makan ubat okey la.antara sakit2 yg lina hadapi:
gastrik----> anti body kurang----->alergi---->tak ley lebih mkn.


firstly gastrik.apa yg korng taw pasal gastrik.apa punca nyer?camne nk cure ?ok gastric ni nmpk je cm remeh,mcm x de pe2 kan.but effect dy trok taw.actually gastic ni disebabkan oleh kandunagn acid yg berlebihan dlm perot.camne ley byk acid??sebab..mkn lewat or x tak makan  langsung. someone yg ada gastric ni tak ley lewat mkn.terpaksa mkn ikot jadual.terasa amat la sakit bile perot da masok angin dan rase sgt pedih.ada segelintir org smpai muntah2.jadinya perlu la jge mkn,selalu minum susu tok lebih sihat.jgn mkn pedas2 sgt.cam tu la serba  sikit sal gastrc.

gambar perhiasan jep..huhu


now let us continue with low of antibody.apa ni?pelik2 jep bunyi.mcm ni,bile someone kekurang antibody dyrng mudah kene jangkitan penyakit.contoh nye bile dy sit beside someone yg kene flu effect dy kejap je.org yg low antibody ni akan kene jangkitan within not more than 24 hour pasti dyrg pon seseme jgak.kesian kn.dyrg jgak x ley duduk dlm keadaan terlalu sejuk.menggigil itu pasti.makanya tok keselamatan bagi insan2 yg low of antibody ni ley la sentiasa makan madu.tak pon byk mkn sayur.bahaya taw law antibody rendah sgt,bile2 masa je boley pengsan.


next is alergi,wah ni lagi la kn..ada org ckp,sape yg alergi ni mengade-ngade.yg berkate tu anda pernah ke alami alergi ni?dugaan tuhan..Allah tarik nikmat tok kite menikmati semua mknn.bile org yg ada alergi ni tak semua makann kite ley mkn.terpakse berpantang.boley je nk mkn then tanggung la akibatnya.antara cara nak hilangkan alergi(org ckp la) mkn ulam ulaman yg pahit2 tu..huhu


.lastly tak ley lebih makn.wah lina sudah mengarut ke ni..mana ada org sakit bile lebih mkn.yes !everyone can says anythng but apa yg pernah lina lalui sgt la perit.org lain lps spm bekerja,tapi lina tak dpt.so target nak increase weight la kn.yela cuti dok uma jep mesti la mkn tdo mkn tdo.unfortunately,3 week before spm kuo lina terpkse masuk hospital sbb kekrngn air.ni smua effect dr terlebih mkn.pas mkn2 tu pewot ase cam semacam jep gas naik smpai ats pewot then sgale mknn yg di mkn kuo balik.nak kate cirit birit tidak tapi doktor pon tak taw.doktor masokkn je air dlm bdn coz da dyhydrated sgt.mana tak nya lbh 20 kali g toilet.so after that day jage la mkn.igtkn da tak kene ag.syg seribu kali syg,raye hari tu kene lagi.just bersyukur tak kene masok air.still dpt berthn.


.nevertheless,sebenarnya apabila kita di uji dengan sakit ini adalah bagus.hadis sendiri menyatakan bahawa sakit itu sala satu cara penghapusan dosa.mana tahu kita sebenarnya telah byk melakukan kemungkaran maka Allah uji kita.Allah bagi peringatan kepada kita.adakah kita mngingati Dia mahupun tidak.jujurnya dugaan sakit ini mendekatkan lina dengan Maha Esa,hanya  Dia dpt menyembuhkan segalanya.
kepada kwn2 bkn lina takut nak gemok or diet.but ini la sebab2 nyer..teringin nak sihat sepenuh nya mcm kalian semua.tak yah mkn ubat.doktor pon tak yah bg ubat yg melambak2 tu..heheh

Thursday 1 September 2011

deactivte..!

...deactivate facebook..
for long?
don't know.
maybe when i feel there is something 
important to find at facebook.,
then,i will reactive back..hehe.
'nothing important'

just sing this song.


Da ready ker??..!

assalamualaikum .

salam lebaran tuk semua.
ok post kali ni lina nak ckp pasal..
exam@ujian@test.
semua nya hampir sama kan.


sebenarnya,setiap hari kita menerima ujian
betol tak?
cuba kita fikir2 semula..
di bulan yg mulia ni 
lina akan menghadapi satu la exam dlm hidup ni.
pejam celik pejam celik
da hampir 4 bulan di upm.
sem 1 pon hampir menutup tirai..
da sesuai ker lina at upm???
uhh...not yet!huhu
next week da final exam.
so mari kita berusaha.doa dan akhir sekali bertawakal.


Monday 29 August 2011

just for the first entry!

assalamualaikum..


salam sejahtera untuk semua..
baru buat blog??...hehe
yups..ngee~~
so ni first post la..
hati tergerak untuk membuat blog sendiri..
kenapa ye?
sebab dulu mmg skew follow blog2 kwn 
rase ny lebih proper kalau ada blog sendiri kn.
boleh kongsi ilmu sama2..


semoga post2 yg akan dtg lebih bermanfaat dan bernilai 
untuk dibaca oleh semua..:)


taman bonsai atas puncak gunung ledang
(take this photo last year )